15 Januari 2026 - 21:17
Kami Bersedia! Kami Tidak Gentar!

Jeneral Muhammad Karimi, Ketua Angkatan Tentera Darat Iran melaungkan mesej buat rakyat bukan sahaja di Iran bahkan di seluruh dunia akan kesiapsiagaan mereka dalam menandingi sebarang bentuk serangan yang bakal dikuatkuasakan oleh musuh.

Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Jeneral Muhammad Karimi, Ketua Angkatan Tentera Darat Iran melaungkan mesej buat rakyat bukan sahaja di Iran bahkan di seluruh dunia akan kesiapsiagaan mereka dalam menandingi sebarang bentuk serangan yang bakal dikuatkuasakan oleh musuh.

Menurutnya, "Rejim binasa Zionis fikir mereka mampu menjatuhkan negara ini dengan meracuni minda-minda rakyat kami. Akan tetapi, rakyat Iran sudah kenal akan kelicikan dan muslihat musuh, dan kami tidak gentar untuk berdiri menentang mereka!".

Tambah beliau, "Mana mungkin kami akan berhadapan dengan kekotoran seperti mereka dalam keadaan terketar ketir apabila kami tahu, sesungguhnya Tuhan itu bersama kami!".

Sudah genap seminggu saluran internet di Iran terputus dan sebarang komunikasi ke dunia luar masih belum mencapai tahap kestabilan yang mendatar.

Your Comment

You are replying to: .
captcha